Thursday, February 10, 2011

against all odds 2

it took me almost 11 years to get rid of the feeling.never had been easy for me. now it had gone, i am more than grateful. 


it was a long journey. 


i made it. against all odds.

against all odds

aku rasa, dalam banyak-banyak minggu, minggu ni ialah minggu yg paling sibuk. macam nak bernafas pun tak sempat. however, memang rasa lega, rasa bagus, managed to settle, handle couple of things, hoping the burden will be lighter the following weeks. i wish.

ahah! precisely, i have piles, tonnes, loads of works to do. seriously.

kejap.

ada kerja sikit ni. hmm.

Tuesday, February 1, 2011

yg aku suka. yg encik J suka.

aku dan encik J ada beberapa persamaan. salah satunya, makan. kemana saja kami pergi, agenda utama kami ialah makan. hinggakan adik perempuan aku yg bongsu membuat ramalan, aku dan encik J akan gemuk gedempol selepas berumahtanggabatu. encik J memang sedang ke arah ramalan adik aku tapi aku, huh, masih seperti dulu. ramping dan langsing. langsing, bukan langsir. 


hampir semua eatery di bandar K ni kami dah cuba. malangnya aku selalu je lupa nak ambil gambar makanan tu, nak dikongsikan bersama-sama. maklum la, makanan sampai je terus ngap. gelojoh betul.

kegemaran aku
kegemaran encik J

makanan diatas boleh didapati di sebuah restoran masakan Cina yg halal di bandar K. Nama dia Restoran Chilies. bukan Chilly's yg kt klcc tu. Chillies. macam mana aku tahu dia halal, sebab dia dah tampal siap-siap logo halal pada dinding restoran dia. kalau dia tipu, dia lah yg berdosa kan?


jadi, ini ialah entry terakhir untuk hari ini. selamat bercuti hada dan encik J. 


nak balik sekarang sebab tiba-tiba rasa lapar dengan entry sendiri. 

hari aneh

entry ni sepatutnya ditulis 27 Januari 2011. tapi disebabkan beberapa perkara seperti penstrukturan semula, sibuk level rosmah mansor, dan beberapa perkara lain yg tidak masuk akal, maka entry ini terdelay untuk beberapa hari. perasan tak aku dah mention 'beberapa' sebanyak tiga kali? skema ayam.

mengapa aneh?

ok. kalau ada sesiapa yg boleh kongsi, maka anda dibenarkan untuk mengeluarkan statement berbunyi "oloh, takde la aneh mana pun kalau setakat bla bla bla...."

biarlah. tapi aku masih rasakan, breakfast kerabu mangga ialah aneh dimana kelaziman sarapan pagi ialah roti canai, nasi lemak, nasi minyak ataupun kelogg's cornflakes bagi yg tidak berpuas hati dengan waistline.

menda ke tebiat tah pagi-pagi breakfast kerabu mangga. siap tapau untuk lunch lagi.


ini lah kerabu mangga yg aku gembar gemburkan tu


khabarnya..

ada khabar angin mengatakan, aku dan pekerja-pekerja lain bakal mendapat bonus. Bonus jadah hapa pun aku tak pasti. ah tak penting sangat la. yg penting, bonus tu. sebulan ke, dua bulan ke, aku gembira je. 


lagi menurut khabar angin tersebut, paling sikit dua bulan, paling banyak empat bulan. dan mengikut perkiraan aku, atau lebih tepat lagi mengikut angan-angan aku, kalau dapat dua bulan, mungkin aku akan melancong ke bandung. yes, bandung indonesia. kalau dapat empat bulan, hah, tiga bulan lepas ni walimatulurus la aku nampaknya,hihi!


aku masih berkira-kira lagi nak ke bandung tu sebenarnya. daripada aku pergi sana, baik aku dapatkan handbag kate spade idaman aku sebutir. ataupun seutas jam tangan baru. cap apa agaknya ya? tengok tu, baru khabar angin, dah macam-macam cita-cita aku. 


kalau betul-betul?


maka saya, berikrar akan menjadi pekerja yang cemerlang, taat setia bla bla bla....


betul. aku akan berikrar macam tu. percayalah.