Monday, January 31, 2011

1 February

bila aku tengok balik, rupa-rupanya entry terakhir ialah pada 9 January. hari ini ialah 1 Februari. Maksudnya, hampir sebulan aku tidak berblog. sebabnya, aku sibuk tahap nelson mandela. lagi satu, aku bukan blogger tegar, satu hari boleh letak dekat 10 entry. 10 hari dapat 1 entry pun dah kira satu pencapaian untuk aku. jadi, aku memang mengagumi bloggers yg dapat mencuri masa untuk berblog. kagum dengan mereka punya time management. 


sebenarnya kalau boleh, kalau mampu, hari-hari pun mahu letak entry baru. hari-hari pun mahu blogging. tapi, masa selalu kedekut dengan aku. maklum la, aku semakin berstruktur sekarang ( selepas setahun lebih di ****). lagi pun, siapa je yg rajin nak baca blog ni melainkan aku sendiri dan Encik J (aku paksa dia baca). Oh ya, kadang-kadang ada seorang kawan yg cuba membaca blog ini ketika ia sedang ditaip. Syahdu jugak aku dibuatnya. yalah, sorang follower pun takde ikut blog ni. tak tau lah kalau ada cubaan mengikut blog ni secara rahsia, macam yg selalu aku buat. aku harap kawan-kawan tak tahu aku ikut blog mereka secara rahsia,hihi! 


actually, banyak perkara berlaku akhir-akhir ni. yg best, yg bester, yg bestest, semua ada. 


tapi, 


aku akan cerita satu-satu by entry. 


kan aku dah bagitau, aku sekarang ni makin berstruktur. ngeh! ngeh! ngeh! ngeh!

Sunday, January 9, 2011

my half

he is the half of  me. when nobody's around, when the world turn their back on me, he never fails to stand by me. why, of course, he is my half.

raihan. was born 10 years ago. for 11 hours, including 3 hours in the labor room, i seriously thought i was gonna die young. damn it the pain was unbearable. but, it was washed away when i saw him outta me. i was blessed. a perfect son for me. handsome,brilliant. how did i get so lucky huh..alhamdulillah.

im not really a good mother. but never quit trying to be one.

life is sometimes and somewhat very demanding, ungiving to me. i left my half with my ex-in-laws, for a better future. and there is always price to pay. i missed to see him growing up before my eyes, unlike most mothers.

alhamdulilah.

after four years of misery, of all myriad obstacles, i had become a proud mother for him.

yesterday, after missing so many mother-son stuff, i bought him fishes for his first science experiment. my son is ten, growing into brilliant, good, handsome, soleh young man.

9.30pm yesternite... "umi, jangan lupa tengok juara lagu. aiyyan nak tengok bunkface."

oh my son!!

Tuesday, January 4, 2011

bila aku marah

apa nak buat kalau rasa marah pada seseorang?

ini yg selalu aku buat. termenung dulu. pejam mata. pergi dekat dia. lempang skali. backhand skali. balik ke meja, kemaskan rambut. sambung kerja macam biasa. buka mata semula. rasa puas.

sambung kerja.

muka buku

aku dah makin jarang update facebook.
tapi tadi, aku bukak jap.
nak tau kalau-kalau ada apa yg aku terlepas.
memang ada.
jemputan kahwin ex-schoolmate (aku janji takkan kecil hati kalau dia x dtg kahwin aku nanti)
lain-lain, not much.
aku dah tau punca aku jarang update/bukak facebook.
aku boleh muntah darah everytime baca status-status mereka.

hari ni breakfast dengan si dia- hohoho! macam ni pn nak update jugak ke??

lame.

silence is golden

syukur alhamdulillah, kad ketip masih sama warnanya dan warna itu menunjukkan aku datang awal ke pejabat. memang penting untuk aku datang awal ke pejabat. sebabnya, ia akan menentukan mood aku, gembira atau sebaliknya.

tapi langit tidak selalu cerah.

mula-mula memang aku gembira datang ke pejabat. malangnya, ye sekali lagi biar jelas, MALANGNYA, apabila pagi-pagi lagi terpaksa mendengar lawak yg tidak lawak langsung beserta conversation yg langsung tidak indicate kedewasaan, meter gembira sudah turun ke warna kuning. maksudnya, tak gembira la tu. meter gembira aku warna biru.


tapi tak mengapa.

dah nature mereka begitu. menjengkelkan. memang nobody's perfect. tapi selagi boleh, conceal lah apa yg tidak perfect tu.

diam-diam sudah. diam-diam lebih baik dari menayang bodoh pada orang - pesan buat diri sendiri-