Wednesday, December 21, 2011

i choose my friend


Aku awal di office pagi ni. Memang selalu awal pun kalau tiada aral melintang lalu membujur patah. Bila sampai awal, Cuma beberapa orang saja yg ada. Office aku ni, macam bilik guru time aku sekolah dulu. Besar. Semua academic department duduk di situ.
Kawan2 aku belum sampai. 

Yg sampai tadi awal sama dengan aku? Tak, they are not my friends. They are my colleagues.
Aku bercakap dengan mereka kalau ada urusan sahaja. Adalah juga sapa menyapa. But that’s it. Hi, bye. 

Nape tak kawan? Aku tegur dengan semua orang. Makcik cleaner, drivers, pak guard, semualah. Aku bukan memilih kawan. Tapi kawan yg pilih aku, haha takde lah.

Syarat untuk menjadi kawan aku:

Beriman.
Kelakar.                               
Brilliant. (3 pointer above je. Tipu je)
Tak kedekut.
Suka makan.

Ada bran?

Tuesday, December 6, 2011

semalam yg suam..


Semalam patutnya ialah marathon blogging. Tapi tak berjaya. Sebab teruja tengok wedding dress Vera Wang, Vivienne Westwood, syarifah kirana dan banyak lagi lah designer lain. Ah hah, bukan nak beli. Pakai pun tak akan. Memey boleh la. Tu pun dress yg kata orang, Vera Wang dah nak hantar welfare. 

Gua memang tak mampu la. Melainkan ada kerabat sewel nak kawin dengan gua, heheh!

So, gua memang usha je la dresses tu semua. Bukan apa, disebabkan gua tak mampu nak pakai, so gua buat dress yg ‘inspired by’ je lah. Alah, macam minyak wangi apa tu ah. Inspired by CK, inspired by RL, hihihi! Eh mengilai pulak.

Gua nak menikah dah. 

Dengan Jauhary Ramly. Memang nama sebenar dia.

Sunday, December 4, 2011

chapter II


Huh, sedap betul minum Horlick panas apabila suhu dibawah 21 darjah celcius nih. 

Chapter II. tak catchy langsung entry ni. Ok2, sebelum aku mula membincangkan content chapter II ni, aku ada satu pengumuman. Hari ni.. ialah ….marathon blogging!!!!!!! Wuhuuuuu!!!

Percayalah, sejak dari pagi tadi, aku belum mula satu kerja apa pun. Sampai office, aku pegi breakfast dgn Lisa Surihani (bukan nama sebenar), then, terus survey wedding stuff, auww im getting married again!! To be announced.. soon. 

Tengah2 survey doorgift, wedding dress & segala mak nenek kebayan, tiba2 aku teringatkan blog yg sunyi sepi ni. Terus aku buat keputusan yg bijak, update blog ni, seterusnya, marathon blogging. 

Ok. Sekarang dah lunch break. Means, chapter II akan bersambung selepas lunch break. 

Kringgggggggggggggggggggggggggggggg!!!! Loceng rehat berbunyi.

Tipu. 

Mana ada loceng rehat kat office. Fire alarm adalah. 

pagi yang gelap, kini sudah terang...


apakah maksud entry di atas?

Lupakan.

Klu dilihat entry yg terakhir , dia ialah bertarikh 14 July. Means, 5 bulan yang lepas. So disitu sebenarnya boleh difahamkan, yg aku ialah seorang manusia yg sentiasa sibuk. Like busy is my middle name. damn. 

Bila aku baca balik entry2 lama, mostly berkisar tentang kesibukan aku. Secara tak langsung, blog aku mungkin tercalon untuk anugerah blog paling membosankan sepanjang zaman. 

Ah lupakan semua tu.

Yg penting sekarang, ialah  sambungan cerita seram2 kuku 14 July lepas. Eh bukan aku kena rasuk, tapi ada makhluk dari alam lain yg mengikut aku. Sialan aku ada pengikut la pulak. Rasa macam org penting je. 

Maka, aku punya amma telah bawa aku pergi berubat a.k.a berjumpa witch doctor. Ok, mungkin wd aka witch doctor tu ada ability mcm ghost whisperer bole communicate dgn makhluk dari alam lain. Tapi WD ni sikit pun tiada rupa Jennifer Love Hewitt. Langsung tiada.  Ok ok, berbalik cerita asal.

WD pun berdialog la dgn makhluk ni. Mari kita namakan makhluk ni sebagai Darth Vader. Menurut Darth Vader, dia tiada sebab yg spesifik untuk mengikuti aku. Nak menakutkan aku? Dia kata tak pun. “ I just nak ikut dia ni. I bukan nak buat apa2 pun. “

Hampeh punya Darth Vader.

Aku punya la jiwa kacau sejak dia mengikut aku. Dia boleh pulak buat selamba je. Kalau hensem cam Aaron Aziz tu takpe la jugak. Ini, ah, malas aku nak kenangkan. Buat seram je.

Darth Vader ni actually, selalu muncul dalam bentuk bayang2 hitam. Lepas tu, ikot suka hati dia je nak muncul bila, kat mana. 

Cut the crap. 

Ok. Nothing happened with the WD. Aku ni, bukan la jenis yg warak sangat tapi, aku rasa WD ni mcm lain sikit la. Ada pengeras segala. Ah tak nak la aku. 

Cut the crap lagi.

Mula2 memang aku malas/tak nak/ enggan berjumpa dgn seorang ustaz dari pusat perubatan Islam Assyifa’ ni ( which I couldn’t figure out why). Tapi kawan2 aku paksa jugak pergi.  Kata mereka, tak nak kawan dgn orang yg ada hantu. Cis!

Tapi Alhamdulillah, dgn ikhtiar ustaz tu ( yg menyembuhkan segala penyakit hanyalah Allah jua), dengan izin Allah, gangguan tersebut aka Darth Vader semakin menjauhi aku dan akhirnya lenyap begitu saja. Aku pun tak tahu dan tak hingin tahu kemana dia membawa diri. 

Syukur, aku kembali tenang, kembali menjadi aku yg dahulu. 

Inilah kali pertama aku mengalami peristiwa seumpama ini. Pengalaman ni aku rasa agak menarik la sebenarnya. Aku ni manusia yg penakut yg amat ( kemahiran yg telah diwarisi oleh raihan), paling penakut diantara manusia yg penakut. Bukan penakut macam Yuna tu. Alah, penakut yg macam, klu nak pegi toilet tengah2 malam, pun nak suruh adik temankan. Ha, penakut macam tu la. 

Hmm, bila perkara begini terjadi pada aku yg super penakut ni, secara tak langsung menyebabkan aku dah jadi separa penakut, separa berani. Sifat penakut masih ada, tapi kali ni dah ada sifat berani. 

Apa saja yg berlaku dalam hidup ni, sesungguhnya tidak la terjadi begitu saja melainkan ada hikmah di sebaliknya. 

End of chapter I.