Thursday, December 30, 2010

wishes wishes wishes

two days to 2011.


first, i have a few new year resolutions.
second, i am hoping much to accomplish those resolutions before 2012.


happy hols.


happy new year 2011. weeeeeeeee!!!!!!!!!!

tengkujuh

dah byk hari hujan menggila di bandar K. tengah musim, memang begini lah. tadi pegi town, air dah naik beberapa inci atas jalan. jalan sesak jangan cerita lah. hari hujan, semua kenderaan jadi perlahan. tapi ada juga pemandu yg memandu tak ikut musim. selamba je caras kereta lain tengah2 hujan lebat pun.

*sigh*

itu di luar. dalam pejabat pun tengkujuh juga.

jari kaki aku lebih banyak dari manusia- manusia yg ada dalam pejabat. sunyi sepi. nasib baik partners-in-crime aku tak cuti. kalau tak, memang mati kutu babi aku dalam pejabat ni. aku selalunya lebih cerdas dan cergas bila ada diana, katy, nisa, una, nedy dan 2-3 orang yg malas aku sebut nama kat sini.

bila musim hujan, hampir semua perkara jadi perlahan. ramai manusia akan menjadi malas, termasuk lah aku. aku rasa kawan2 aku pun sama. otak macam beku je. nasib baik cuti semester. kelas tiada.
hmm, banyak juga klu-klu yg semakin mendedahkan pekerjaan sebenar aku. cuti semester, kelas. tapi kalau ada yg dapat teka pun, bukan ada hadiah pun. ngeeeeeeeeeeeeeeeee.....!!!

itu tengkujuh di luar, di dalam pejabat.

dalam hati, tengkujuh juga. bila encik J sangat sibuk dengan urusan-urusan beliau yg tak melibatkan aku, secara automatik aku rasa nak pegi tengok movie dengan dia, nak lunch dengan dia dan lain-lain perkara yg tidak melampaui batas. bosan.

balik ah.

Thursday, December 23, 2010

~ AHLAN WASAHLAN ~

Maksudnya 'selamat datang'.

kepada kamu. kepada saya.

hari ini, 23 Disember 2010, jam 4.08pm, yes, saya telah menjadi seorang penulis blog. yahoo!! saya sudah ada blog sendiri. boleh tulis macam-macam. boleh hentam orang diam-diam. boleh marah boyfriend saya diam-diam. hihihi *ketawa sambil tutup mulut*

sopan kan?

sudah terlalu lama saya ingin menulis di blog tetapi banyak kekangan sebelum ini. saya pernah mempunyai 1 blog yang bila saya fikir-fikir, sungguh bullshit apa yg pernah saya tulis itu. biar sajalah. itu waktu bodoh saya. setidak-tidaknya saya sedar sekarang.

seriously, i have been wanting to do this long long time ago.well i did,once.but, it shouldnt be considered as writing. its just a piece of crap. really, it was crap. 

writing is not just about writing. writing should be purposeful. how purposeful, that depends.

ada pesanan untuk readers(macam ramai sangat je):

i) ini blog dwi bahasa.percampuran bahasa adalah nyata di blog ini.
ii)bahasa yang digunakan mungkin menyinggung perasaan.

itu sajalah. kalau ada lagi, saya inform di entry akan datang.

yang benar,
~diamdiam~