Sunday, December 4, 2011

pagi yang gelap, kini sudah terang...


apakah maksud entry di atas?

Lupakan.

Klu dilihat entry yg terakhir , dia ialah bertarikh 14 July. Means, 5 bulan yang lepas. So disitu sebenarnya boleh difahamkan, yg aku ialah seorang manusia yg sentiasa sibuk. Like busy is my middle name. damn. 

Bila aku baca balik entry2 lama, mostly berkisar tentang kesibukan aku. Secara tak langsung, blog aku mungkin tercalon untuk anugerah blog paling membosankan sepanjang zaman. 

Ah lupakan semua tu.

Yg penting sekarang, ialah  sambungan cerita seram2 kuku 14 July lepas. Eh bukan aku kena rasuk, tapi ada makhluk dari alam lain yg mengikut aku. Sialan aku ada pengikut la pulak. Rasa macam org penting je. 

Maka, aku punya amma telah bawa aku pergi berubat a.k.a berjumpa witch doctor. Ok, mungkin wd aka witch doctor tu ada ability mcm ghost whisperer bole communicate dgn makhluk dari alam lain. Tapi WD ni sikit pun tiada rupa Jennifer Love Hewitt. Langsung tiada.  Ok ok, berbalik cerita asal.

WD pun berdialog la dgn makhluk ni. Mari kita namakan makhluk ni sebagai Darth Vader. Menurut Darth Vader, dia tiada sebab yg spesifik untuk mengikuti aku. Nak menakutkan aku? Dia kata tak pun. “ I just nak ikut dia ni. I bukan nak buat apa2 pun. “

Hampeh punya Darth Vader.

Aku punya la jiwa kacau sejak dia mengikut aku. Dia boleh pulak buat selamba je. Kalau hensem cam Aaron Aziz tu takpe la jugak. Ini, ah, malas aku nak kenangkan. Buat seram je.

Darth Vader ni actually, selalu muncul dalam bentuk bayang2 hitam. Lepas tu, ikot suka hati dia je nak muncul bila, kat mana. 

Cut the crap. 

Ok. Nothing happened with the WD. Aku ni, bukan la jenis yg warak sangat tapi, aku rasa WD ni mcm lain sikit la. Ada pengeras segala. Ah tak nak la aku. 

Cut the crap lagi.

Mula2 memang aku malas/tak nak/ enggan berjumpa dgn seorang ustaz dari pusat perubatan Islam Assyifa’ ni ( which I couldn’t figure out why). Tapi kawan2 aku paksa jugak pergi.  Kata mereka, tak nak kawan dgn orang yg ada hantu. Cis!

Tapi Alhamdulillah, dgn ikhtiar ustaz tu ( yg menyembuhkan segala penyakit hanyalah Allah jua), dengan izin Allah, gangguan tersebut aka Darth Vader semakin menjauhi aku dan akhirnya lenyap begitu saja. Aku pun tak tahu dan tak hingin tahu kemana dia membawa diri. 

Syukur, aku kembali tenang, kembali menjadi aku yg dahulu. 

Inilah kali pertama aku mengalami peristiwa seumpama ini. Pengalaman ni aku rasa agak menarik la sebenarnya. Aku ni manusia yg penakut yg amat ( kemahiran yg telah diwarisi oleh raihan), paling penakut diantara manusia yg penakut. Bukan penakut macam Yuna tu. Alah, penakut yg macam, klu nak pegi toilet tengah2 malam, pun nak suruh adik temankan. Ha, penakut macam tu la. 

Hmm, bila perkara begini terjadi pada aku yg super penakut ni, secara tak langsung menyebabkan aku dah jadi separa penakut, separa berani. Sifat penakut masih ada, tapi kali ni dah ada sifat berani. 

Apa saja yg berlaku dalam hidup ni, sesungguhnya tidak la terjadi begitu saja melainkan ada hikmah di sebaliknya. 

End of chapter I.



1 comment:

  1. Ko berantu ke hada? Seram-seram kuku kaki plak akak. Heh.

    ReplyDelete