Monday, January 31, 2011

1 February

bila aku tengok balik, rupa-rupanya entry terakhir ialah pada 9 January. hari ini ialah 1 Februari. Maksudnya, hampir sebulan aku tidak berblog. sebabnya, aku sibuk tahap nelson mandela. lagi satu, aku bukan blogger tegar, satu hari boleh letak dekat 10 entry. 10 hari dapat 1 entry pun dah kira satu pencapaian untuk aku. jadi, aku memang mengagumi bloggers yg dapat mencuri masa untuk berblog. kagum dengan mereka punya time management. 


sebenarnya kalau boleh, kalau mampu, hari-hari pun mahu letak entry baru. hari-hari pun mahu blogging. tapi, masa selalu kedekut dengan aku. maklum la, aku semakin berstruktur sekarang ( selepas setahun lebih di ****). lagi pun, siapa je yg rajin nak baca blog ni melainkan aku sendiri dan Encik J (aku paksa dia baca). Oh ya, kadang-kadang ada seorang kawan yg cuba membaca blog ini ketika ia sedang ditaip. Syahdu jugak aku dibuatnya. yalah, sorang follower pun takde ikut blog ni. tak tau lah kalau ada cubaan mengikut blog ni secara rahsia, macam yg selalu aku buat. aku harap kawan-kawan tak tahu aku ikut blog mereka secara rahsia,hihi! 


actually, banyak perkara berlaku akhir-akhir ni. yg best, yg bester, yg bestest, semua ada. 


tapi, 


aku akan cerita satu-satu by entry. 


kan aku dah bagitau, aku sekarang ni makin berstruktur. ngeh! ngeh! ngeh! ngeh!

No comments:

Post a Comment