Tuesday, February 1, 2011

yg aku suka. yg encik J suka.

aku dan encik J ada beberapa persamaan. salah satunya, makan. kemana saja kami pergi, agenda utama kami ialah makan. hinggakan adik perempuan aku yg bongsu membuat ramalan, aku dan encik J akan gemuk gedempol selepas berumahtanggabatu. encik J memang sedang ke arah ramalan adik aku tapi aku, huh, masih seperti dulu. ramping dan langsing. langsing, bukan langsir. 


hampir semua eatery di bandar K ni kami dah cuba. malangnya aku selalu je lupa nak ambil gambar makanan tu, nak dikongsikan bersama-sama. maklum la, makanan sampai je terus ngap. gelojoh betul.

kegemaran aku
kegemaran encik J

makanan diatas boleh didapati di sebuah restoran masakan Cina yg halal di bandar K. Nama dia Restoran Chilies. bukan Chilly's yg kt klcc tu. Chillies. macam mana aku tahu dia halal, sebab dia dah tampal siap-siap logo halal pada dinding restoran dia. kalau dia tipu, dia lah yg berdosa kan?


jadi, ini ialah entry terakhir untuk hari ini. selamat bercuti hada dan encik J. 


nak balik sekarang sebab tiba-tiba rasa lapar dengan entry sendiri. 

No comments:

Post a Comment